Rabu, 29 Ogos 2012

Makanan Yang Bahaya Untuk Si Comel Kita...

Gambar Hiasan

KALO KORANG NAK TAU, SESETENGAH MAKANAN YG KITA AMBIL SETIAP HARI BERKEMUNGKINAN AMAT BERBAHAYA UNTUK SI COMEL KITA KERANA METABOLISMA YANG BERBEZA. SESETENGAH MAKANAN TU MUNGKIN MENYEBABKAN GANGGUAN DALM SISTEM PENCERNAAN, ADE YG MENGAKIBATKAN CEDERA PARAH MALAH KEMATIAN. BAHAYA TU...SO, BAWAH NI ADE SENARAI APE YG TIDAK BOLEH DIBERI PADA SI COMEL KITA...OF COURSE X LENGKAP ...TAPI CUKUP SEBAGAI PANDUAN...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...HEHEHEH 


1.Minuman Beralkohol
Menyebabkan keracunan,koma dan kematian. Jauhi Arak ya! hehehe

2.Makan Bayi
Sesetengah makanan bayi mengandungi serbuk bawang yang sebenarnya mampu mengakibatkan ketoksikan pada kucing jika diberikan berterusan.

3.Tulang Ikan, Ayam atau pape jenis tulang.
Boleh tersangkut dan melukan sistem pencernaan si comel kita. Berkemungkinan tersangkut dalam rongga mulut atau tekak.

4.Tuna dlm Tin (Cap Ayam ke…Pape jenis tuna utk manusia tu)
Pemberian dalam kadar yang banyak akan menyebabkan kucing anda kehilangan nutrisi sbb tuna dlm tin nix de proper vitamins dan mampu menyebabkan kucing anda kekurangan sumber thiamine. Lesu dan lemah. [ no wonder lepas I makan sardine 2 tin rase ngantuk je~ tetiba]

5.Coklat, Kopi,The atau ape2 sumber kafein.
menagndungi caffeine, theobromine, atau theophylline, yang boleh menyebabkan CERI-BERI(cirit), muntah-muntah dan bertoksik serta bahawa utk sistem saraf serta jantung si comel anda.

6.Ekstrak minyak limau
Muntah-muntah ~ Dehidrasi

7.Makanan Hanjeng
Kalo termakan xde la ape sgt. Tapi kalo denagn sengaja bg makanan anjing hari-hari...boleh akibatkan serangan penyakit yang boleh mangganggu jantung kucing anda.

8.Ikan (mentah, dalam tin atau dimasak x sempurna)
Kalo diberi makan berterusan atau dlm jumlah yg banyak…berlaku pengurangan Thiamine dan menyebabkan hilang selera makan, kekejangan dan dalam kes kronik…kematian. Juga berisiko mengandungi bakteria e-coli dan salmonella... Kalo kene mmg naya...huhuh

9.Anggur,Kismis dan yg sewaktu dengannya.
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk buah pinggang si comel anda.

10.Panadol / Paracetamol
Si comel kite x boleh proses paracetamol ye. Liver dia xkan mampu menampung jumlah paracetamol pada kuantiti yg banyak. Immediate death boleh berlaku dalam kes ni...ibarat time bomb...muke dan badan akan mengembang lalu saraf meletop dan mati...amat bahaya...so kalo si comel demam..bawak g jumpa Vet ya.

11.Kacang Macadamia
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk sistem penghadaman, sistem saraf dan otot.

12.Marijuana
Menyebabkan sistem saraf tidak stabil, muntah-muntah dan perubahan ketara dalam degupan jantung. Sesetengah kes…hyperactive,kejang,mati.

13.Produk berasaskan susu.
CERI-BERRI (Cirit-Birit)

14.Makanan tamat tempoh / sampah
Mengandungi pelbagai jenis toksik dan menyebabkan CERI-BERI(CIRIT).

15.Cendawan
Bertoksik dan menyerang pelbagai sistem dalam badan ~ kematian.

16.Bawang Merah Bawang Putih..cewah…cam cite dolu-dolu…huhu
Mengandungi sulfoxides dan disulfides, dan boleh merosakkan sel darah merah sekaligus menyebabkan masalah anemia.

17.Telur Mentah
Mengandungi enzim yg dkenali sbgavidin, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin (biotin) dalam badan. Boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu.

18.Daging Mentah
Mengandungi bacteria seperti Salmonella dan E. coli, boleh menyebabkan muntah-muntah dan CERI-BERI(CIRIT) yang serius dan Kematian.

19.Garam
Kalo termakan dlm kuantiti yg banyak, kucing anda akan mengalami masalah kekurangan eloktrolit dalam badan.

20.Tali???
Ade ke bg makan tali! Haha…dlm sesetengah kes, kucing yg gemar bermain tali tertelan sebahagian dr tali tu…boleh menyebabkan gangguan dalam sistem penghadaman dan membelit organ. Bahaya tuu…

21.Makanan Bergula..
Obesiti…masalah gigi…dan paling dasat…kencing manis!!!

22.Tembakau
Mengandungi nikotin~ mengganggu sistem pencernaan dan saraf. Boleh menyebabkan degupan jantung yg kencang, pengsan, koma dam kematian.

23.Yis
Akan menghasilkan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan pecah usus! Awas tuuu…


So..jangan main bagi je ek makanan ape2 kat kucing..mentang2 la banyak makanan x abis semua nak bagi kat kucing lak..hehehe..


P/S: Kredit maklumat daripada Tanya Sama Vet


Tiada ulasan:

Catat Ulasan