Selasa, 28 Ogos 2012

Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD



Kucing adalah salah satu haiwan yang dikasihi  oleh Nabi kita..jadi sebagai umat islam kita juga harus mencintai ape yang dicintai oleh Nabi kita..Ramai yang tidak tau yang kucing juga boleh mengalami masalah batu karang..Bukan manusia saje yer yang ada masalah ni..n to be honest cik jue jugak x tau pasal ni hinggalah penyakit ni meragut nyawa salah satu kucing kesayangan cik jue..sedey sangat masa tu..masa bawak pergi klinik doktor pun dah x leh buat ape2 dah..kurangnyer pengetahuan tentang penyakit2 kucing ni membuatkan cik jue kehilangan kucing kesayangan cikjue..so skrg ni cik jue lebih alert dengan penyakit2 kucing ni..x nak kejadian sama berlaku lagi..so kita pergi pada Topik asal kita iaitu Masalah batu karang kucing atau pun bahasa standard nya Masalah saluran kencing ataupun lagi dalam bahasa sainsnya Feline Lower Urinary Disease -FLUTD

MASALAH SALURAN KENCING (Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD)

 Seperti yang kita sedia maklum, makanan si comel amat penting dan pemilihannya perlu dititik beratkan. Kesilapan memberi makan pada si comel anda akan mengundang masalah ya. Bak Chef Wan kata la… “ kalau nak masak utk family…kena masak yang berkualiti dan pentingnya bernutrisi…”
Haaa…anggap je si comel anda sebahagian dar family…jangan pulak korang hidang Ikan Kembung Cili Api kat si comel ye…AWAS! Heheh. Sekarang ni banyak makanan yg berkualiti dan kaya nutrisi dijual kat luar sana. Tapi, harga masing 2 membuatkan kite senyum x cukup pipi ye. Mahal kan…
Taukah korang, bahawa kesilapan membeli dan memberi makanan pada si comel akan mendedahkan mereka pada masalah-masalah antara MASALAH SALURAN KENCING. Dalam bahasa penjajahnya, ia dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease [FLUTD].
Pekejadahnya FLUTD niii?? Haaa…ia adalah penyakit dimana ketulan-ketulan Kristal atau batu terbentuk di dalam pundi kencing si comel anda sekaligus menyebabkan iritasi, kesakitan dan kemungkinan berlakunya salur kencing tersumbat. [sakit ooo] ~ Penyakit ni dalam bahasa melayunya pulak dikenali sebagai BATU KARANG.

SIMPTOM;
  1. Kepayahan membuang air kecil
  2. Kerap buang air kecil
  3. Air kencing bercampur darah
  4. Kurang selera makan
  5. Kurang tenaga dalam kebanyakan aktiviti normal.
  6. Dehidrasi  dan muntah-muntah [tahap kronik]

Biasanya kucing yang berusia setahun ke atas terdedah pada penyakit ni tak kira jantina ya. Walaubagaimanapun, si jantan berisiko lebih tinggi berbanding si betina dek kerana system kumuhan yang berbeda.
PUNCA.
  1. Makanan yang mengandungi sumber magnesium, fosforus, protein dan kalsium yang tinggi.
  2. Kurangnya minum air.
RAWATAN.
Kalau le kata kucing korang terkena penyakitni…rawatan yang dikenakan agak kompleks. Sila rujuk gambarajah nanti ya. Biasanya, Si comel akan dibius dan diberikan air untuk merawat kesan dehidrasi. Pundi kencing si comel akan diflush dan dicuci menggunakan “catheter”. Catheter digunakan untuk memecahkan Kristal-kristal yang membentuk halangan dalam salur pundi kecing si comel anda. Rawatan adalah amat berisiko dan MAHAL. Ingat tu anak-anak~~MAHAL. Dan, setelah kucing anda selamat melalui proses ini, tidak semestinya dia akan bebas atau pulih sepenuhnya. Kemungkina berlaku semula itu ada.

PENCEGAHAN
Jadi, kalau korang tak mahu berhabis duit utk rawatan BATU KARANG versi kucing ni, janganlah terlalu berkira sangat dalam perihal membeli makanan si comel ya.[ Tak semestinya makanan mahal kucing kita tak ada risiko FLUTD ya].. Andai kita beri kibbles atau dry food pada si comel selang selikanlah dengan wetfood sekurang-kurangnya seminggu dua-tiga kali.

Pendek kata semuanya bergantung pada kaedah kita menjaga si comel kita. 



  Posisi normal kencing

 Tanda2 FLUTD

 So comel kerap jilat Kemaluan untuk rangsang kencing

Salur kencing tersumbat

Contoh2 kristal yang terbentuk



Rawatan FLUTD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan