Ahad, 2 September 2012

My Lovely Cat..

Kalo B4 this Cik Jue kongsi pasal kesihatan kucing tapi hari ni Cik Jue nak kongsi pasal kucing yang cik jue adopt..Sayang sagt kat diorang..Sekarang yang tinggal dengan Cik Jue ada dalam 6 ekor tapi Cik Jue nak cerita pasal 4 ekor je..3 dah tingaalkan Cik Jue (Sgt sedey) n satu lagi masih bersama Cik Jue (dah ada 3 ekor anak pun comel2 dan nakal sgt)..

Kucing pertama yang Cik Jue bela namanya Lulu..Lulu ni adik Cik Jue yang bawak balik masa dia kecik sgt..adik jue jumpa kat tepi jalan..hampir dilanggar kereta..bila dia bawak tu cik kesian sgt dengan dia..n cik jue decide nak bela dia..masa tu cik jue x pandai sgt nak bela kucing kecik..tapi tawakkal je..Alhamdulillah Lulu membesar dengan sihat..Hampir setahun jaga Lulu.. bapa saudara Cik Jue bagi 3 ekor lagi kucing kacukan parsi..Cik Jue namakan kucing2 tu Lala, Lily n Leley..mula2 tu Lulu x dapat terima diorang.. sll gaduh..tapi lama2 Lulu semakin boleh terima diorang..Tapi..x lama lepas tu Lulu hilang n dah x balik2 lagi..sll kalo cik jue panggil..dia terus balik..tapi kali ni mmg x balik2..sedey sgt..x tau kenapa..Walau kat mana pun dia berada harap sgt dia selamat..



Lulu


Lulu yang sgt hensem.. 


Cerita Lala pulak mcm ni..masa kecik tgk kat hidung Lala mcm membengkak..bila bawak pegi vet..vet sahkan dia ada Sporo(Nanti Cikjue updatekan pasal Sporo ni ek)..masa tu vet cakap penyakit tu boleh diubati..tapi perlukan perhatian yang sgt rapi n blanja yang agak mahal..dia tua Cik Jue samaada cik jue nak tidurkan Lala terus atau nak teruskan dengan rawatan. Masa tu Cik jue sgt2 sedey bila tengok muka Lala..masa tu jugak Cik Jue nangis depan Vet tu..n lastly cik jue ambik keputusan nak teruskan dengan rawatan..tiap2 hari cikjue kena kasi ubat kat lala n tiap2 minggu pulak kena bawak lala ke vet utk suntikan..Alhamdulillah hidung dia yang bengkak tu semakin surut..Paling sedih skali lala x leh dibiarkan main2 dengan kucing2 lain..so..cik jue kenala kurung dia..takut nanti bila dia bergurau dengan kucing lain nanti terjangkit pulak kat kucing lain..proses nak kasi ubat tu pun kena la sgt berhati hati..takut dia tercakar kita..nanti boleh jangkit ngn kita jugak tau..lepas kasi ubat tu kena pulak basuh tangan bersih dengan sabun anti kuman..sebaiknya dengan dettol la..susahkan..tapi x pelah..coz syg sgt dengan lala..tapi bila dia makin membesar..virus tu datang balik..n akhirnya Lala pergi jugak tinggalkan cik Jue..Tapi Cik Jue redha..coz cik jue dah cuba lakukan yang terbaik untuk dia.. ( TT_TT )

Ni dia Lala ..lala yang sgt kuat (x de gambar masa besar)

Ni pulak cerita pasal Leley..Mula2 ambik leley dialah yang paling kecik antara 3..tapi x sangka bila besar dia jadik yang paling besar n cantik (pengajaran nya jangan la cepat menilai sesuatu..hehehe)..Leley membesar dengan cepat dan jadik seekor kucing yang sgt gorgeous..hehe..dia jugak sgt manja...biasa la kucing jantan kan..tapi satu hari dia nampak semakin lemah..n paling sedey masa tu cik jue x perasan perubahan dia coz bz cikit ngn keje2 harian..bila cik jue dah persan n bawa dia ke vet..semua dah terlambat..dia terkena penyakit batu karang atau FLUTD (Cik jue dah update sebelum ni sila rujuk ya)..Disebabkan kejahilan cik jue pasal penyakit kucing masa tu membuatkan cik jue kehilangan leley..mmg cik jue salahkan diri cik jue masa tu..tapi nak buat macam mana semua dah terlambat..


Ops..Leley yang hensem.


i miss u leley.. ( T_T )


Last kucing yang cik jue nak cerita adalah Lily..lily satu-satunya kucing betina yang cik jue bela masa tu..n sampai skrg lily masih ada ngn cik jue n jadik salah satu kucing yang cik jue paling sayang... Lily dah lahirkan 3 ekor anak yang sagt comel dan nakal pada 2 April 2012 n skrg ni dah berumur 5 bulan lebey...


Lily yang sweet


tapi kadang2 nakal jugak..

seterusnya adalah gambar2 masa diorang kecik2..

Lulu





Cute kan????hehehe


so..cerita dah abis nanti kalo rajin cik jue update pasal anak2 lily lak ek..hehehe..

Rabu, 29 Ogos 2012

Makanan Yang Bahaya Untuk Si Comel Kita...

Gambar Hiasan

KALO KORANG NAK TAU, SESETENGAH MAKANAN YG KITA AMBIL SETIAP HARI BERKEMUNGKINAN AMAT BERBAHAYA UNTUK SI COMEL KITA KERANA METABOLISMA YANG BERBEZA. SESETENGAH MAKANAN TU MUNGKIN MENYEBABKAN GANGGUAN DALM SISTEM PENCERNAAN, ADE YG MENGAKIBATKAN CEDERA PARAH MALAH KEMATIAN. BAHAYA TU...SO, BAWAH NI ADE SENARAI APE YG TIDAK BOLEH DIBERI PADA SI COMEL KITA...OF COURSE X LENGKAP ...TAPI CUKUP SEBAGAI PANDUAN...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...HEHEHEH 


1.Minuman Beralkohol
Menyebabkan keracunan,koma dan kematian. Jauhi Arak ya! hehehe

2.Makan Bayi
Sesetengah makanan bayi mengandungi serbuk bawang yang sebenarnya mampu mengakibatkan ketoksikan pada kucing jika diberikan berterusan.

3.Tulang Ikan, Ayam atau pape jenis tulang.
Boleh tersangkut dan melukan sistem pencernaan si comel kita. Berkemungkinan tersangkut dalam rongga mulut atau tekak.

4.Tuna dlm Tin (Cap Ayam ke…Pape jenis tuna utk manusia tu)
Pemberian dalam kadar yang banyak akan menyebabkan kucing anda kehilangan nutrisi sbb tuna dlm tin nix de proper vitamins dan mampu menyebabkan kucing anda kekurangan sumber thiamine. Lesu dan lemah. [ no wonder lepas I makan sardine 2 tin rase ngantuk je~ tetiba]

5.Coklat, Kopi,The atau ape2 sumber kafein.
menagndungi caffeine, theobromine, atau theophylline, yang boleh menyebabkan CERI-BERI(cirit), muntah-muntah dan bertoksik serta bahawa utk sistem saraf serta jantung si comel anda.

6.Ekstrak minyak limau
Muntah-muntah ~ Dehidrasi

7.Makanan Hanjeng
Kalo termakan xde la ape sgt. Tapi kalo denagn sengaja bg makanan anjing hari-hari...boleh akibatkan serangan penyakit yang boleh mangganggu jantung kucing anda.

8.Ikan (mentah, dalam tin atau dimasak x sempurna)
Kalo diberi makan berterusan atau dlm jumlah yg banyak…berlaku pengurangan Thiamine dan menyebabkan hilang selera makan, kekejangan dan dalam kes kronik…kematian. Juga berisiko mengandungi bakteria e-coli dan salmonella... Kalo kene mmg naya...huhuh

9.Anggur,Kismis dan yg sewaktu dengannya.
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk buah pinggang si comel anda.

10.Panadol / Paracetamol
Si comel kite x boleh proses paracetamol ye. Liver dia xkan mampu menampung jumlah paracetamol pada kuantiti yg banyak. Immediate death boleh berlaku dalam kes ni...ibarat time bomb...muke dan badan akan mengembang lalu saraf meletop dan mati...amat bahaya...so kalo si comel demam..bawak g jumpa Vet ya.

11.Kacang Macadamia
Mengandungi toksin yang x dikenalpasti dan bahaya utk sistem penghadaman, sistem saraf dan otot.

12.Marijuana
Menyebabkan sistem saraf tidak stabil, muntah-muntah dan perubahan ketara dalam degupan jantung. Sesetengah kes…hyperactive,kejang,mati.

13.Produk berasaskan susu.
CERI-BERRI (Cirit-Birit)

14.Makanan tamat tempoh / sampah
Mengandungi pelbagai jenis toksik dan menyebabkan CERI-BERI(CIRIT).

15.Cendawan
Bertoksik dan menyerang pelbagai sistem dalam badan ~ kematian.

16.Bawang Merah Bawang Putih..cewah…cam cite dolu-dolu…huhu
Mengandungi sulfoxides dan disulfides, dan boleh merosakkan sel darah merah sekaligus menyebabkan masalah anemia.

17.Telur Mentah
Mengandungi enzim yg dkenali sbgavidin, yang boleh mengurangkan penyerapan vitamin (biotin) dalam badan. Boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu.

18.Daging Mentah
Mengandungi bacteria seperti Salmonella dan E. coli, boleh menyebabkan muntah-muntah dan CERI-BERI(CIRIT) yang serius dan Kematian.

19.Garam
Kalo termakan dlm kuantiti yg banyak, kucing anda akan mengalami masalah kekurangan eloktrolit dalam badan.

20.Tali???
Ade ke bg makan tali! Haha…dlm sesetengah kes, kucing yg gemar bermain tali tertelan sebahagian dr tali tu…boleh menyebabkan gangguan dalam sistem penghadaman dan membelit organ. Bahaya tuu…

21.Makanan Bergula..
Obesiti…masalah gigi…dan paling dasat…kencing manis!!!

22.Tembakau
Mengandungi nikotin~ mengganggu sistem pencernaan dan saraf. Boleh menyebabkan degupan jantung yg kencang, pengsan, koma dam kematian.

23.Yis
Akan menghasilkan gas dalam sistem pencernaan, menyebabkan rasa sakit dan kemungkinan pecah usus! Awas tuuu…


So..jangan main bagi je ek makanan ape2 kat kucing..mentang2 la banyak makanan x abis semua nak bagi kat kucing lak..hehehe..


P/S: Kredit maklumat daripada Tanya Sama Vet


Selasa, 28 Ogos 2012

Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD



Kucing adalah salah satu haiwan yang dikasihi  oleh Nabi kita..jadi sebagai umat islam kita juga harus mencintai ape yang dicintai oleh Nabi kita..Ramai yang tidak tau yang kucing juga boleh mengalami masalah batu karang..Bukan manusia saje yer yang ada masalah ni..n to be honest cik jue jugak x tau pasal ni hinggalah penyakit ni meragut nyawa salah satu kucing kesayangan cik jue..sedey sangat masa tu..masa bawak pergi klinik doktor pun dah x leh buat ape2 dah..kurangnyer pengetahuan tentang penyakit2 kucing ni membuatkan cik jue kehilangan kucing kesayangan cikjue..so skrg ni cik jue lebih alert dengan penyakit2 kucing ni..x nak kejadian sama berlaku lagi..so kita pergi pada Topik asal kita iaitu Masalah batu karang kucing atau pun bahasa standard nya Masalah saluran kencing ataupun lagi dalam bahasa sainsnya Feline Lower Urinary Disease -FLUTD

MASALAH SALURAN KENCING (Feline Lower Urinary Tract Disease-FLUTD)

 Seperti yang kita sedia maklum, makanan si comel amat penting dan pemilihannya perlu dititik beratkan. Kesilapan memberi makan pada si comel anda akan mengundang masalah ya. Bak Chef Wan kata la… “ kalau nak masak utk family…kena masak yang berkualiti dan pentingnya bernutrisi…”
Haaa…anggap je si comel anda sebahagian dar family…jangan pulak korang hidang Ikan Kembung Cili Api kat si comel ye…AWAS! Heheh. Sekarang ni banyak makanan yg berkualiti dan kaya nutrisi dijual kat luar sana. Tapi, harga masing 2 membuatkan kite senyum x cukup pipi ye. Mahal kan…
Taukah korang, bahawa kesilapan membeli dan memberi makanan pada si comel akan mendedahkan mereka pada masalah-masalah antara MASALAH SALURAN KENCING. Dalam bahasa penjajahnya, ia dikenali sebagai Feline Lower Urinary Tract Disease [FLUTD].
Pekejadahnya FLUTD niii?? Haaa…ia adalah penyakit dimana ketulan-ketulan Kristal atau batu terbentuk di dalam pundi kencing si comel anda sekaligus menyebabkan iritasi, kesakitan dan kemungkinan berlakunya salur kencing tersumbat. [sakit ooo] ~ Penyakit ni dalam bahasa melayunya pulak dikenali sebagai BATU KARANG.

SIMPTOM;
  1. Kepayahan membuang air kecil
  2. Kerap buang air kecil
  3. Air kencing bercampur darah
  4. Kurang selera makan
  5. Kurang tenaga dalam kebanyakan aktiviti normal.
  6. Dehidrasi  dan muntah-muntah [tahap kronik]

Biasanya kucing yang berusia setahun ke atas terdedah pada penyakit ni tak kira jantina ya. Walaubagaimanapun, si jantan berisiko lebih tinggi berbanding si betina dek kerana system kumuhan yang berbeda.
PUNCA.
  1. Makanan yang mengandungi sumber magnesium, fosforus, protein dan kalsium yang tinggi.
  2. Kurangnya minum air.
RAWATAN.
Kalau le kata kucing korang terkena penyakitni…rawatan yang dikenakan agak kompleks. Sila rujuk gambarajah nanti ya. Biasanya, Si comel akan dibius dan diberikan air untuk merawat kesan dehidrasi. Pundi kencing si comel akan diflush dan dicuci menggunakan “catheter”. Catheter digunakan untuk memecahkan Kristal-kristal yang membentuk halangan dalam salur pundi kecing si comel anda. Rawatan adalah amat berisiko dan MAHAL. Ingat tu anak-anak~~MAHAL. Dan, setelah kucing anda selamat melalui proses ini, tidak semestinya dia akan bebas atau pulih sepenuhnya. Kemungkina berlaku semula itu ada.

PENCEGAHAN
Jadi, kalau korang tak mahu berhabis duit utk rawatan BATU KARANG versi kucing ni, janganlah terlalu berkira sangat dalam perihal membeli makanan si comel ya.[ Tak semestinya makanan mahal kucing kita tak ada risiko FLUTD ya].. Andai kita beri kibbles atau dry food pada si comel selang selikanlah dengan wetfood sekurang-kurangnya seminggu dua-tiga kali.

Pendek kata semuanya bergantung pada kaedah kita menjaga si comel kita. 



  Posisi normal kencing

 Tanda2 FLUTD

 So comel kerap jilat Kemaluan untuk rangsang kencing

Salur kencing tersumbat

Contoh2 kristal yang terbentuk



Rawatan FLUTD